MALINDO Air melarang penumpangnya daripada membawa masuk Galaxy Note 7 ke atas semua pesawatnya berkuat kuasa 18 Oktober. FOTO arkib NSTP
Asrizal Aris
asrizal.aris@hmetro.com.my


Petaling Jaya: Malindo Air hari ini mengumumkan telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 dilarang dibawa masuk pesawat bagi semua penerbangan Malindo Air bermula esok, demi keselamatan perkhidmatan pengangkutan itu, .

Malindo Air dalam satu kenyataan berkata, telefon pintar itu dilarang memasuki bagi semua penerbangan berkuatkuasa 12.01 tengah malam 18 Oktober.

"Penumpang tidak dibenarkan membawa telefon pintar Galaxy Note 7 berkenaan walaupun ada yang dipanggil semula untuk membuat penggantian. Ia juga dilarang dimasukkan ke dalam bagasi dan tidak akan dibenarkan menaiki pesawat.

"Larangan ini adalah disebabkan kebimbangan kami mengenai risiko kebakaran yang berpotensi berlaku melalui bateri peranti berkenaan selepas beberapa insiden yang berlaku sebelum ini di seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Katanya, Malindo Air meminta kepada semua penumpang supaya mematuhi semua arahan keselamatan dengan tegas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Oktober 2016 @ 2:13 PM