KEADAAN kenderaan yang terbabit kemalangan. FOTO Rosman Shamsudin
Rosman Shamsudin
am@hmetro.com.my


Slim River : Dua maut dalam kemalangan tiga kereta berdekatan jambatan Sungai Slim, Kampung Balun, arah ke Tanjung Malim, 6.30 pagi tadi.

Kemalangan itu menyebabkan jalan persekutuan Slim River-Tanjung Malim mengalami kesesakan sepanjang kira-kira tiga kilometer selama hampir sejam.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Slim River dan setakat ini jumlah yang cedera belum diketahui.

Operasi menyelamat mangsa masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Oktober 2016 @ 9:01 AM