FOTO Mohd Fadli Hamzah
Nursyahirah Marzuki
am@hmetro.com.my


Sepang: Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia selamat tiba dengan pesawat Saudi Arabian Airlines, di KLIA, 2.15 petang ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Badlisyah Abdul Ghani, berkata 430 jemaah terakhir selamat tiba mengikut jadual.


FOTO Mohd Fadli Hamzah

Bagaimanapun, katanya, empat jemaah haji masih berada tanah suci untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

"Kita akan terus melaksanakan penambahbaikan untuk kebajikan dan keselesaan jemaah haji kita pada masa depan bagi memastikan perkhidmatan kami berada pada tahap yang lebih baik.


FOTO Mohd Fadli Hamzah

"Hujung tahun ini, kita juga akan mengadakan sesi pasca nilai bagi meneliti semua maklumbalas daripada setiap sudut operasi.

“Kami hendak mencari penyelesaian mengatasi kelemahan," katanya ketika ditemui selepas menyambut kepulangan kumpulan terakhir jemaah haji, di sini, hari ini.

Katanya, ketibaan kumpulan terakhir itu menandakan tamatnya operasi haji bagi 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Oktober 2016 @ 6:02 PM