Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my


Jertih: “Saya dan kakak tidak akan melupakan pengorbanan ibu dan ayah serta ahli keluarga kerana mereka banyak berkorban untuk menjaga kami sejak kecil lagi,” kata Azami Kamarulzaman, 14, kembar siam pertama yang berjaya dipisahkan dengan kepakaran tempatan.

Azami dan kakaknya, Azama yang juga pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelagat, yang dilahirkan pada 10 April 2002 di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan, dipisahkan dalam pembedahan hampir 18 jam yang dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika mereka berusia tujuh bulan pada 23 dan 24 November 2002.

Anak ketiga dan keempat pasangan Kamarulzaman Mat, 43, dan Zainab Othman, 41, bercantum dari atas pusat sehingga dada dan berkongsi hati, usus serta hempedu tetapi masing-masing memiliki sepasang kaki.

Menurut Azami, dia tidak dapat membayangkan betapa besar dugaan yang ditanggung ibu bapanya ketika diuji dengan kehadiran dia dan kakak kembarnya itu.

“Kami bukan daripada keluarga yang senang. Pembedahan ini bukan hanya membabitkan kos yang tinggi, malah turut menuntut masa dan tenaga kerana pada awal kelahiran kami, ibu beritahu hospital sudah menjadi rumah kedua buat ibu, ayah dan keluarga.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Oktober 2016 @ 9:27 AM
AZAMA (kanan) dan Azami sebelum pembedahan memisahkan mereka di Hospital Kuala Lumpur pada 2002.
AZAMA (kiri) dan Azami ketika mengulang kaji pelajaran di rumah keluarga mereka di Padang Luas Dalam, Besut.