FOTO Norasikin Daineh
Norasikin Daineh
norasikin_daineh@hmetro.com.my


Tawau: Ayah dan anaknya maut dalam kebakaran di Kampung Otentik Tanjung Batu Keramat.

Mayat Buhari Langga, 57, ditemui di pintu dapur dekat tandas manakala anaknya, Nur Aisyah, 22, dipercayai terjatuh dari bilik tidur ke tingkat bawah.

Difahamkan, rumah berkenaan didiami empat beranak. Dua daripadanya masih diperoleh identiti mereka.

Ketua cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Katizah Rahaban, berkata bomba menerima panggilan pada 5.27 pagi.


IHSAN Facebook Warta Tawau

Katanya, 36 anggota bersama lima jentera dikejarkan ke lokasi kebakaran.

Pasukan bomba tiba di lokasi dan mendapati kebakaran membabitkan rumah jenis separuh kekal.

"Ketika operasi memadamkan bara api dilakukan, terdapat dua mangsa rentung ditemui di lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Oktober 2016 @ 9:22 AM