Reuters

London: Liverpool berusaha menamatkan keputusan buruk dalam Liga Perdana Inggeris menentang Manchester United dan meneruskan permulaan baik kempen kali ini dengan kemenangan ke atas musuh tradisi dari barat laut England itu, awal pagi Selasa ini.

Liverpool kini tiga mata di depan United dalam carta liga ketika Jose Mourinho agak terjejas program membangunkan semula pasukannya di United, namun empat kekalahan berturut-turut di tangan kelab Old Trafford itu adalah yang terburuk dalam tempoh lapan tahun.

Liverpool, yang menyingkirkan United daripada Liga Europa musim lalu, tidak mengalahkan mereka dalam pertandingan domestik sejak Mac 2014, namun mereka bertemu kali pertama pada kempen kali ini dengan anak buah Juergen Klopp (gambar) berada pada prestasi mengagumkan.

Mereka menang empat perlawanan terakhir Liga Perdana dan hanya kalah sekali dalam semua pertandingan setakat ini.

Sebaliknya, anak buah Mourinho hanya menang sekali dan kalah dua daripada empat aksi terakhir mereka dalam liga, kecundang 1-3 kepada Watford dan diikat di laman sendiri oleh Stoke City.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2016 @ 6:54 AM