NOR Aieni (kanan), Tun Ahmad Faisal (tengah) dan Sundari (kiri) melancarkan buku Setiu Wetlands. FOTO Aswadi Alias
Helmy Abd Rahman
helmy_rahman@hmetro.com.my


Kuala Nerus: Taman Bencah Setiu (Setiu Wetlands) bakal diisytiharkan sebagai taman negeri pertama di Terengganu, tahun depan.

Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, apabila diisytiharkan sebagai taman negeri nanti, pihaknya menjangkakan Setiu Wetlands mampu memberi sumbangan besar membabitkan sosio ekonomi negeri selain komuniti setempat.

"Ketika ini, kerajaan negeri dalam proses menubuhkan taman-taman negeri di seluruh Terengganu dan Setiau Wetlands menjadi yang pertama.

"Masa pengisytiharan juga amat tepat iaitu ketika Tahun Melawat Terengganu 2017," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seminar Ekspedisi Setiu Wetlands di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor UMT Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar dan Pengarah Konservasi WWF-Malaysia Dr Sundari Ramakrishna.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 8:23 PM