Pasukan hoki kebangsaan wanita dan lelaki mempamer jersi baru. FOTO STR/OWEE AH CHUN
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memperkenalkan jersi baharu untuk skuad hoki kebangsaan yang mendapat tajaan jenama pakaian sukan terkemuka, Kappa, hari ini.

Jersi terbaru itu mempunyai tiga warna iaitu oren untuk kit utama, biru kit kedua serta putih untuk kit ketiga.

"Kami mahu melakukan pembaharuan kerana kebiasaannya penyokong di negara ini hanya mengenali jersi bola (Harimau Malaysia) saja.

"Harap dengan tajaan ini juga akan meningkatkan semangat setiap pemain untuk mempamer aksi lebih baik terutamanya pada saingan Trofi Juara-Juara Asia yang akan berlangsung pada 20 hingga 30 Oktober ini," kata Presiden MHC Datuk Seri Subahan Kamal pada sidang media di sebuah hotel terkemuka.

Jenama pakaian terkemuka dari Itali itu akan menaja pasukan senior lelaki dan wanita kebangsaan selama dua tahun dengan jumlah tajaan setiap tahun adalah sebanyak RM350,000.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 2:33 PM