IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Hazsyah Abdul Rahman
hmkk@hmetro.com.my


Beluran: Tiga lelaki terbunuh dalam kemalangan apabila van dinaiki terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di Ladang Reka Halus, Jalan Beluran-Telupid, di sini, malam tadi.

Seorang daripada mangsa dikenali sebagai Ahmad Idham Ghani, 18, manakala dua lagi mangsa lelaki belum dikenalpasti identitinya.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa menaiki Nissan Vanette dan dilaporkan tersepit dalam kejadian pada 9.25 malam itu.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata enam anggota dikejarkan ke lokasi susulan kejadian.

“Apabila tiba, anggota mendapati kemalangan itu membabitkan Nissan Vanette, Toyota Land Cruiser dan Nissan Urvan," katanya.

Katanya, identiti dua mangsa maut dan cedera belum diperoleh dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Beluran dan Hospital Kinabatangan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 7:26 AM