Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


SUBANG: ECS ICT Berhad melancarkan dron terbaru, DJI Mavic Pro, serta penstabil telefon pintar, Osmo Mobile di sini, hari ini.

Mavic Pro mampu terbang sehingga tujuh kilometer pada kelajuan 64 kilometer sejam dan mempunyai berat 743 gram iaitu 83 peratus lebih kecil berbanding model Phantom 4 sebelum ini.

dilancarkan di Amerika Syarikat pada penghujung bulan lalu. Ia

Ia mempunyai kamera yang mampu merakam video 4K dengan gimbal 3 axis yang menstabilkan rakaman terbabit.

Dron ini mampu beroperasi sehingga 27 minit dan mencapai kelajuan 64 kilometer sejam dengan beberapa sensor baru juga dimuatkan.

Ini bagi meningkatkan tahap keselamatannya selain penambahbaikan sensor GPS dan ultrabunyi memastikan dron ini tidak mengalami kemalangan.

Dron berharga RM4,556.94 terbabit bakal dijual di pasaran Malaysia hujung bulan ini.

Sementara itu, penstabil Osmo Mobile mempunyai teknologi ActiveTrack yang mengesan objek dengan pantas selain mempunyai berat hanya 300 gram.

Ia mudah dibawa ke mana saja dan kini berada di pasaran dengan harga RM1,299.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Oktober 2016 @ 6:32 PM
KETUA Pegawai Eksekutif ECS, JH Soong (kiri) dan PengarahBersekutu Komunikasi Asia Pasifik DJI, Kevin On (kanan) masing-masing memegang Osmo Mobile dan Mavic Pro. FOTO Sairien Nafis