1. BAHAN utama kek buah kukus tepung, telur, gula, buah-buahan campuran, esen vanila dan soda bikarbonat.
2. MASUKKAN gula kastor dan mentega (bahan A) di dalam bekas.
3. KACAU menggunakan pengisar sehingga kembang dengan kelajuan tinggi.
4. DALAM adunan sama, masukkan 12 biji telur satu demi satu kemudian tukar kelajuan rendah. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat (bahan C) putar lagi sehingga sebati. Tambahkan esen vanila.
5. MASAK bahan E untuk dijadikan karamel.
6. TUANGKAN ke dalam adunan sewaktu panas, putar kelajuan rendah.
7. MASUKKAN bahan F hingga habis dan putar lagi.
8. MASUKKAN adunan ke dalam bekas (1000gram x 5) dan tutup ketat. Kukus selama empat jam. Kek buah kukus sedia dihidangkan kepada tetamu.
Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

Ramai menggemari kek buah kukus, namun mengakui tidak sanggup membuatnya disebabkan mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan.

Sebenarnya menghasilkan kek buah kukus tidaklah sesukar mana. Bermula daripada bahan yang sukar disediakan sehinggalah cara menyediakannya. Apa yang membuatkannya nampak renyah apabila perlu dikukus selama empat jam.

Menurut pemilik Imaleen Bites Norehan Harun, dari segi penyediaan bahan tidaklah sukar mencari kerana ia hanya menggunakan apa yang ada di dapur. Apa yang membezakannya ialah teknik mengadunkan bahan dan mengukus kek bagi memastikan kek tidak terlalu keras atau lembut.

“Teknik mengukus sangat penting kerana ini akan menentukan kelembutan kek dan rasa yang enak. Di samping itu kek buah kukus yang sedap tidak terlalu manis serta mempunyai rasa yang lengkap,” katanya yang turut mengendalikan kelas membuat kek buah kukus di Kajang, Selangor.

Antara bahannya:

BAHAN A

• Sekilogram mentega

• 500 gram gula kastor

BAHAN B

• 12 biji telur gred A

BAHAN C

• Sekilogram tepung gandum

• 1 sudu besar soda bikarbonat

BAHAN D

• 1 ½ sudu kecil esen vanila

BAHAN E

• 750 gram gula pasir dimasak dengan api kecil untuk dijadikan karamel.

BAHAN F

• Sekilogram buah-buahan campuran

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Oktober 2016 @ 2:10 PM