MANGSA menerima bantuan bomba. FOTO ihsan Bomba
Muhamad Izzat Nasuruden
am@hmetro.com.my


Kampar : Seorang kanak-kanak mengalami detik cemas apabila kaki kanannya tersepit di kerusi rehat di rumahnya, berdekatan Majlis Daerah Kampar, di sini, malam tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kampar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.23 malam itu.

Katanya, setibanya anggota bertugas di tempat kejadian, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun didapati tersepit pada kerusia rehat.

"Anggota bertugas kemudian menggunakan pemutar skru dan alatan yang bersesuaian untuk mengeluarkn kaki mangsa," katanya.

Operasi yang diketuai Penolong Bomba Kanan II, Ahmad Shah itu tamat pada 7.54 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Oktober 2016 @ 12:05 AM