Pasukan paramedik tiba di tempat kejadian sebelum mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. FOTO ihsan PDRM
Muhamad Izzat Nasuruden
am@hmetro.com.my


Kampar : Lelaki warga emas maut apabila motosikal yang ditunggang merempuh kereta Perodua Kancil di Jalan Haruan Mambang Diawan, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, mangsa, Hew Kwai Lim, 77, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Pekan Mambang Di Awan menghala balik ke rumahnya.

€œSetibanya di lokasi kejadian, kereta Perodua Kancil dipercayai tidak memberhentikan kenderaannya menyebabkan mangsa merempuh kereta itu.

€œMotosikal itu mengalami kerosakan dibahagian hadapan manakala kereta itu pula mengalami kerosakan pintu belakang.

Kong Soon berkata, tiada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2016 @ 6:29 PM