FABREGAS
MANGALA
LUKAKU
DI MARIA
ADAM Lallana

Cemerlang atau sebaliknya?

Pembelian pemain pada musim perpindahan Januari semakin hampir.

Bagaimanapun, sebelum pengurus mengeluarkan belanja mendapatkan pemain sasaran buat kelab masing-masing, apakah pemain terbabit mampu memberi pulangan terbaik buat kelab dan menggembirakan peminat?

Mari kita lihat senarai 10 perpindahan termahal pemain beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dinilai oleh pengkritik dan pemerhati sukan liga terbabit.

1) Angel Di Maria-Real Madrid ke Man United (£59.7 juta/RM300 juta)

Jika dinilai daripada nilai pertambahan terhadap keperluan di Bernabeu selepas nilai James Rodriguez meningkat, Di Maria tiba-tiba muncul sebagai pemain termahal oleh kelab Britain selepas dia menandatangani kontrak bersama Manchester United pada penghujung Ogos lalu.

Dia tidak mengambil masa lama beraksi dengan baik di Old Trafford, meledak tiga jaringan daripada lima penampilan pertama liga dan menerima pujian memberangsangkan. Kekal pemain bintang United.

Penilaian: Cemerlang

2) Alexis Sanchez-Barcelona ke Arsenal (£35j/RM179 juta)

Tidak mendapat peluang selaku bintang utama dengan kualiti dipamer di Barcelona kerana sering menjadi pilihan kedua di belakang Messi dan Neymar.

Dia tidak mengambil masa lama membuktikan kehebatan selepas bermain cemerlang dalam beberapa perlawanan awal untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dalam Liga Perdana. Alexis Sanchez kini dianggap pemain sensasi bersama Arsenal.

Tanpa pemain Chile itu, peminat Gunners pasti berada dalam kebimbangan kerana mereka tidak tahu arah tuju kelab utara London terbabit.

Dia meledak 13 gol dan membantu enam jaringan dalam 21 perlawanan semua pertandingan musim ini. Bermain lebih banyak minit berbanding pemain lain menjadi bukti mengapa Arsene Wenger bergantung harap terhadap bintang barunya.

Penilaian:Cemerlang

3) Eliaquim Mangala-Porto ke Man City (£32j/RM132 juta)

Mangala diakui pemain muda berbakat. Dia berpotensi dan tidak mengejutkan andai muncul antara pemain bintang masa depan Manchester City.

Bagaimanapun, nilai wang sebanyak itu dibelanjakan terhadap pemain itu sepatutnya mendapat lebih daripada sekadar potensi. Mangala bermain dengan baik tetapi menerima kad merah dan menjaringkan gol sendiri menentang Southampton sebelum dua kesilapan menentang Hull menyaksikannya digugurkan.

Penilaian: Kurang memberangsangkan

4) Diego Costa-Atletico Madrid ke Chelsea (£32j/RM132 juta)

Costa menunjukkan naluri ketajamannya di depan pintu gol berulang-ulang kali! Dia membuktikan urusan pembelian pemain dalam bola sepak bukanlah sesuatu merumitkan. Musim lalu, Jose Mourinho mengalami masalah ketumpulan biarpun memiliki koleksi penyerang yang menemui kegagalan di bahagian depan. Dia menjaringkan 12 gol dalam 13 perlawanan pertama Liga Perdana dan mencipta rekod jaringan paling cepat menerusi kerjasama mantap bersama Cesc Fabregas.

Penilaian: Cemerlang

5) Cesc Fabregas-Barcelona ke Chelsea (£30/RM150 juta)

Jika anda melihat terhadap maksud 'kewarasan' dalam kamus edisi 2014, hanya Kelab Bola Sepak Arsenal enggan membawa masuk Cesc Fabregas ke dalam gambaran mereka.

Jika Barcelona terpaksa melepaskan pemain, Chelsea mendapat peluang baru. Pemain tengah berpengaruh itu memulakan cabaran baru dengan skuad kendalian Jose Mourinho dan menepati nilai pra perlawanan serta jangkaan diletakkan terhadapnya.

Dia kelihatan seperti tidak pernah meninggalkan Liga Perdana tetapi hakikat itu tidak benar secara keseluruhannya kerana dia kelihatan baik sekarang berbanding sepanjang tiga tahun menghabiskan masa berlatih bersama Leo Messi, Xavi dan pemain bintang lain.

Penilaian: Cemerlang

6) Ander Herrera-Athletic Bilbao ke Man United (£29j/RM146 juta)

Selepas melalui proses perpindahan melucukan tahun lalu untuk mendapatkan bintang Athletic Bilbao itu, Manchester United akhirnya mendapat pemain dijahati mereka untuk perpindahan musim ini.

Pemain berusia 25 tahun itu mempamerantara salah seorang pemain terbaik Manchester United.

Dia menjaringkan dua gol dan tiga bantuan dalam sembilan perlawanan Liga Perdana biarpun Louis van Gaal belum mendapat formula terbaik menajamkan kemampuan pemain tengah itu.

Penilaian: Mampu cemerlang

7. Romelu Lukaku-Chelsea to Everton (£28j/RM140 juta)

Ada masanya anda perlu membayar harga tinggi untuk bakat sebenar dan ia berkemungkinan masalah dapat diselesaikan oleh Everton apabila mereka rekod perpindahan mendapatkan pemain Belgium itu pada perpindahan musim ini.

Lukaku begitu cemerlang beraksi di Goodison Park musim lalu dan menjadi pemain penting andai terus kekal cemerlang beraksi untuk mereka untuk beberapa tahun akan datang.

Benteng kebanyakan kelab Liga Perdana berkemungkinan sudah banyak belajar untuk mengekang asakannya tetapi dia sentiasa menjadi penumpang buat Toffees yang bergelut untuk mendapatkan prestasi konsisten.

Penilaian: Terumbang-ambing

8) Luke Shaw-Southampton ke Manchester United (£27j/RM136 juta)

Nilai RM136 juta adalah banyak untuk dibelanjakan buat pemain pertahanan berusia 19 tahun yang masih belum terbukti pada tahap tertinggi, terutamanya seorang pemain sering mengalami kecederaan sejak usia remaja. Manchester United ibarat bertaruh terhadap masa depan mendapatkan Shaw.

Bekas pemain Southampton itu hanya beraksi tujuh perlawanan akibat kecederaann dan mampu menyerlah selaku pemain bek kiri.

Penilaian: Belum terbukti tetapi mampu menyerlah

9) Adam Lallana-Southampton ke Liverpool (£25j/RM126 juta)

Seorang lagi pemain berbakat tidak dapat dinafikan di England. Lallana seperti terpaksa berlakon untuk menepati ramalan itu kerana gagal menyerlah selepas beberapa bulan berada di Liverpool.

Sebahagian dokumen perjalanan perit skuad kendalian Brendan Rodgers menyenaraikan Lallana dan dia sepatutnya memberi lebih banyak impak.

Penilaian: Kurang menyerlah dan belum terbukti

10) Dejan Lovren dan Lazar Markovic-Southampton/Benfica ke Liverpool (£20j/RM103 juta)

Dua pemain ini menyebabkan Brendan Rodgers terpaksa mengeluarkan nilai wang sama. Kesengsaraan Liverpool tidak berkesudahan dalam senarai itu kerana Mario Balotelli yang gagal menyerlah berada di tempat ke-12 bersama Danny Welbeck dengan nilai £16j/RM80 juta).

Lovren dibawa masuk daripada Southampton untuk mengukuhkan benteng Liverpool tetapi pemain Croatia itu seperti tenggelam timbul di bahagian bawah.

Mudah menyalahkan Markovica kerana dia baru berusia 20 tahun dan beraksi di England untuk kali pertama.

Penilaian:Dua pemain gagal menyerlah

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 5:05 AM