LAKARAN artis menunjukkan sebuah kapal persiaran yang dijadikan pusara terapung. - Bread Studio
Agensi

Hong Kong: Sebuah kelab marin berusaha mencari pelabur untuk menukar sebuah kapal persiaran mewah menjadi pusara terapung, lengkap dengan hotel, restoran dan juga panggung wayang.

Projek yang dicadangkan oleh HK Ship Art Club itu merancang mengubah kapal persiaran seberat 60,000 tan menjadi pusara terapung yang berpangkalan di Hong Kong.

Lebih menarik lagi, kapal itu turut menawarkan perkhidmatan seperti kapal persiaran mewah.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, ahli perniagaan di sebalik cadangan itu berusaha mencari pelaburan berjumlah RM256 juta untuk membiayai projek berkenaan.

Sebahagian dana itu akan digunakan untuk membeli kapal persiaran yang dianggarkan berharga RM71.45 juta.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2016 @ 5:47 AM