Anggota polis bersenjata berkawan di depan apartmen selepas rompakan dan kanan, Kim Kardashian bersama suaminya, Kanye West. - Foto Agensi
AP

Paris: Bintang realiti Kim Kardashian dirompak barang kemas bernilai lebih AS10 juta (RM41 jutta) oleh lima perompak bersenjata api berpakaian seperti polis yang mengikat dan menguncinya dalam bilik mandi di sebuah apartmen di sini, hari ini.

Menurut jurucakapnya, Kim tidak cedera namun trauma dengan kejadian itu. Perompak terbabit melarikan diri dengan motosikal.

Polis menyatakan lima perompak dipercayai semuanya lelaki yang bertopeng mencuri kotak mengandungi barang kemas artis itu bernilai AS$6.7 (RM27.6) juta dan satu cincin berharga AS$4.5 juta (RM18.5 juta)

Suaminya, Kanye West yang mengadakan persembahan di Festival Music dan Seni Meadows New York, memohon maaf kepada penonton dan memberhentikan persembahan sambil memberitahu ada kecemasan keluarga.

Kim berada di Pars untuk pertunjukan fesyen.

Perompak memasuki bangunan apartmen itu selepas menggari penjaga pintu kira-kira 2.30 pagi waktu tempatan sebelum memasuki apartmen Kim. Dua anaknya, North, 3, Saint, 11 bulan, dipercaya tiada di apartmen berkenaan ketika kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 4:56 PM