Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


Tahun lalu, konsert kumpulan K-Pop popular, BigBang di ibu kota dilangsungkan selama dua hari berikutan sambutan luar biasa peminat di Malaysia.

Kini, selepas setahun berlalu, BingBang kembali ke negara ini untuk mengubat rindu mereka terhadap peminat menerusi konsert Bigbang 2016 Made [V.I.P] Tour.

Konsert bersempena ulang tahun ke-10 kumpulan itu dalam industri muzik berlangsung di hadapan hampir 30,000 peminat di Stadium Merdeka, malam kelmarin.

Kali ini juga, BigBang terpaksa membuat persembahan tanpa seorang anggotanya, T.O.P yang tidak dapat hadir kerana kesibukan jadual karier seni.

Bagaimanapun, anggota lain BigBang, G-Dragon (GD), Taeyang, Seungri dan Daesung berjaya menghiburkan peminat dengan 13 rangkaian lagu hit mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 5:06 AM