ALLAHYARHAM selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatus Sakinah, Taman Batu Muda, Gombak. FOTO Fadly Samsudin
Nurul Huda Kosnon
nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Penceramah mingguan radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan pakar rujuk bidang fekah, Ustaz Syed Mohd Fadzli Syed Ahmad Al-Yamani selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatus Sakinah, Taman Batu Muda, Gombak, 11.10 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah Allayarham yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari China, awal pagi tadi disembahyangkan di Masjid Jamek Kg, Baru kira-kira 10 pagi tadi.

Lebih 500 orang termasuk anggota keluarga, saudara mara dan menghadiri majlis pengebumian berkenaan.

Allahyarham Ustaz Syed Mohd Fadzli meninggal dunia di Guangzhou, China pada 27 September lalu dipercayai akibat serangan jantung ketika mengadakan lawatan di negara itu bersama 27 jemaah rombongan lain untuk berjumpa dengan tokoh ilmuan Islam.

Arwah juga antara pakar rujuk serta penggerak utama dalam penubuhan Gabungan Persatuan Instituti Pelajar Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA).

Difahamkan, Allahyarham memiliki lebih daripada 15 pusat tahfiz di seluruh negara termasuk di Selatan Thailand dan lawatannya ke China antara lain untuk mengembangkan pusat tahfiz di wilayah itu.

Allahyarham meninggalkan empat balu dan 17 orang anak masing-masing berusia antara dua bulan hingga 20 tahun

Berita berkaitan:

Ribuan tunai solat jenazah

Syukur jenazah bapa selamat tiba [METROTV]

'Jaga adik, jaga madrasah, jaga al-Quran'

Lagi Murabbi tinggalkan kita

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Oktober 2016 @ 11:34 AM