Dron Mavic.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengeluar aksesori elektronik terkemuka, DJI melancarkan dron terbaru, Mavic yang lengkap dengan kamera serta gimbal bersaiz kompak.

Dron yang mampu terbang hingga tujuh kilometer terbabit mampu terbang pada kelajuan 64 kilometer sejam yang dikawal menggunakan telefon pintar.

DJI Mavic mempunyai jangka hayat bateri yang memungkinkannya terbang selama 27 minit dengan sekali cas.

Dron terbabit dikawal menggunakan sistem 4-axis yang mempunyai empat kipas boleh lipat.

Kamera bagi dron ini mampu merakam hingga format 4K.

DJI Mavic dijual pada harga USD999 (RM4,100)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2016 @ 11:53 AM