Norasikin Daineh
norasikin_daineh@hmetro.com.my

 

Tawau: Bot karam di perairan Tawau pagi tadi, namun tiada kemalangan jiwa selepas pemandu dan penumpang bot diselamatkan orang awam.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi, bot dinaiki enam orang itu dalam perjalanan dari Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik menuju ke Tawau.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, pusat kawalan menerima panggilan daripada polis pada 6.07 pagi memaklumkan terdapat bot karam di perairan terbabit.

"Maklumat awal yang kita peroleh kejadian itu membabitkan enam mangsa dan mereka berjaya diselamatkan orang awam di kawasan berkenaan.

"Seramai enam anggota bomba ke lokasi kejadian dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2016 @ 8:54 AM