WATSON menunjukkan uri yang sudah dimasak. Gambar kanan, Watson bersama anggota keluarganya. FOTO Ross Watson.
Daily Mail

England: Seorang bapa dua anak membuat kejutan apabila memuat naik ke Internet video menunjukkan dia memakan uri isterinya.

Ross Watson, 32, memasak organ itu selepas isterinya, Heather, 38, melahirkan anak mereka minggu lalu.

Broker insurans berkata, dia teringin sangat untuk merasai uri itu, lebih-lebih lagi ia peluang terakhir untuk dia berbuat demikian memandangkan anak itu anak terakhirnya.

“Saya perlu memenuhi keinginan saya sekarang atau saya tidak akan dapat merasainya selepas ini,” kata Watson dalam video itu.

Dia memuat naik keseluruhan proses itu, menerusi video dan gambar di laman Facebooknya serta turut menggalakkan rakannya berkongsinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2016 @ 8:02 AM