Mayat mangsa ditemui terapung di kawasan pantai Iskandar Utara, Pulau Banggi, Kudat. FOTO ihsan APMM
Junaidi Ladjana

 

 

junaidi_ladjana@hmetro.com.my

 

 

Kudat: Lelaki, 79, yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ketika keluar memancing ikan di perairan Dogoton, Pulau Banggi, di sini, ditemui lemas selepas bot dinaikinya karam akibat cuaca buruk, semalam.

Mayat Abrasin Marsuli, ditemui terapung oleh penduduk kampung sebelum memaklumkan kepada pasukan penyelamat pada 9.30 pagi.

Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, mangsa dikatakan keluar bersendirian pergi ke perairan Dogoton, Pulau Banggi, untuk memancing ikan dan dilaporkan hilang selepas dia tidak pulang ke rumahnya.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan sebuah helikopter dan dua bot laju kemudian dijalankan pada Ahad lalu, selepas menerima maklumat daripada pihak polis dan operasi berkenaan disertai Pasukan Polis Marin (PPM) dan sebuah kapal dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta beberapa bot daripada penduduk kampung.

"Mayat mangsa berjaya ditemui terapung di pantai Iskandar Utara, Pulau Banggi, jam 9.30 pagi semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, bot mangsa dipercayai karam akibat cuaca buruk di sekitar perairan Dogoton, Pulau Banggi.

 

.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2016 @ 9:59 AM