Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan permohonan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTTD) bagi membina sebuah rumah kelab bagi pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) di Presint 1, Putrajaya.

Najib mengumumkan perkara itu ketika berucap pada Wacana Kepimpinan Perdana PTTD bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi.

Rumah kelab berkenaan bagi menggantikan bangunan rumah kelab yang lama berdekatan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.

Najib berkata, pembinaan rumah kelab baru itu diharap dapat merangsangkan komuniti PTD untuk berkongsi impian dan cita-cita negara untuk mencapai negara maju pada masa depan.

"Selain kelulusan sebidang tanah di Presint 1, kerajaan juga akan menyediakan dana sewajarnya bagi pembinaan rumah kelab berkenaan," katanya.

Lebih 3,000 PTD hadir pada majlis yang pertama kali dianjurkan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Disember 2014 @ 6:55 PM