Pemik Galaxy Note 7 menerima telefon gantian daripada pengedar Samsung Electronic di Seoul, Korea Selatan. - Foto EPA
AP

Seoul: Samsung Electronics diarah melakukan pemeriksaan keselamatan yang lebih ketat terhadap telefon pintar Galaxy Note 7 keluarannya sebelum memulakan kembali jualan itu selepas penarikan balik 2.5 juta unit di seluruh dunia berikutan masalah bateri yang meletup dan terbakar.

Melalui pelan penarikan balik yang dipersetujui Agensi Piawaian dan Teknologi Korea, pembekal bateri perlu melakukan ujian X-ray setiap bateri lithium-ion untuk Note 7 dan Samsung Electronics perlu melakukan ujian kualiti selepas menerimanya.

Samsung Electronics juga bersetuju membeli lebih pilihan kepada pemilik Note 7, sama ada mahu menukarnya kepada Note 7 yang baru atau memilih telefon jenama lain.

Galaxy Note 7 mula dijual pada Ogos yang sebelum jualannya dihentikan pada 2 September, dua minggu selepas dilancarkan serta menarik balik 2.5 juta unit.

Samsung menerima 92 laporan bateri telefon itu terlampau panas di Amerika Syarikat, termasuk 26 laporan telefon terbakar dan 55 laporan kerosakan harta, termasuk kebakaran dalam kereta dan garaj.

Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika pada 15 September lalu, menyatakan pengguna boleh mendapatkan pulangan wang atau telefon gantian namun tidak menyatakan tarikh akhirnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 September 2016 @ 5:44 PM