SELAIN foto lucah, Luqman juga terima mesej pelik.

Kisah selebriti tempatan digoda serta menerima gambar lucah di laman sosial bukan perkara baru.

Sebelum ini berita seumpama itu didedahkan pelawak Abam Bocey apabila diganggu lelaki gila seks di Facebook.

Terbaru pelakon filem Ola Bola, Luqman Hafidz, 25, mendedahkan dirinya turut pernah diganggu seorang wanita pelik di laman Instagram peribadinya, baru- baru ini.

Menurut Luqman atau nama sebenarnya Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi, wanita terbabit bertindak di luar batasan apabila sanggup menghantar gambarnya dalam keadaan bogel.

“Saya sangat terkejut sebaik saja menerima gambar bogel wanita itu di Instagram. Saya tidak sangka dia berani menghantar gambar sedemikian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 September 2016 @ 6:03 AM