SEBUAH unit banglo yang disewa sindiket untuk melakukan aktiviti menipu.
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
azimfitri@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Sekumpulan 30 jutawan penipu warga China dan Taiwan dikesan menyewa dua banglo mewah di Seputeh dan Cheras di sini, untuk dijadikan markas operasi menipu orang ramai menerusi panggilan telefon.

Difahamkan sindiket 'Macau Scam' terbabit memperdaya orang ramai membabitkan kerugian RM12 juta sejak Julai lalu.

Sindiket itu dikesan menyewa dua banglo mewah itu dengan bayaran RM10,000 sebulan kerana beranggapan lokasi itu selamat dan sukar dikesan pihak berkuasa.

Kediaman itu bagaimanapun diserbu polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan polis dari negara China tengah hari semalam.

Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Multimedia) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata, seramai 30 suspek berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan selepas didapati menjalankan aktiviti penipuan membabitkan warga China di negara asal mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Disember 2014 @ 5:12 AM