AHMAD Haziq bersama ibu dan ayahnya yang mengalami masalah penglihatan. Gambar kanan, Ahmad Haziq tidak pernah berasa terbeban apabila membantu mereka yang memerlukan.
Mahaizura Abd Malik
mahaizura@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Kesibukan menyara hidup di ibu kota dan menguruskan keperluan orang tua yang mengalami masalah penglihatan tidak menjadi halangan Ahmad Haziq A Rahim, 24, membabitkan diri dalam kerja kesukarelawanan.

Ahmad Haziq berkata, dia mula berjinak dengan kerja kemasyarakatan sejak kecil ketika kerap dibawa orang tuanya, Fadzilah Aziz, 51, dan A Rahim Mohd Yusoff, 55, ke program di bawah Persatuan Orang Buta Malaysia (SBM) sebelum menyertai Kindness Malaysia sejak setahun lalu.

“Saya dapat inspirasi buat kerja sukarelawan daripada umi dan ayah yang kerap membawa saya mengikuti program dianjurkan SBM sejak usia dua tahun terutama dalam memperjuangkan nasib mereka yang mengalami masalah penglihatan.

“Lama kelamaan naluri membantu orang datang tanpa sengaja apabila saya secara tak langsung menyumbang tenaga dalam setiap program dianjurkan seperti turun padang menziarahi dan memberi sumbangan kepada ahli SBM yang sakit,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2016 @ 5:27 AM