BERNAMA

Sandakan: Seorang wanita berusia 55 tahun cedera dalam kebakaran yang memusnahkan lapan rumah di Kampung Contoh Jalan Cemeteri dekat sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata lima lagi rumah berjaya diselamatkan daripada musnah terbakar dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu.

Katanya, wanita itu cedera ringan di kaki dan tengkuk terkena api ketika menyelamatkan diri dengan keluar dari rumahnya.

Wanita itu diberi rawatan oleh pihak ambulans di tempat kejadian.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.36 petang dan 16 anggota bomba menggunakan empat jentera serta satu kenderaan utiliti terbabit dalam operasi memadamkan api.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 September 2016 @ 8:10 PM