RAKAMAN video suspek mencuri wang tabung masjid. FOTO Facebook/Masjid Jamek Simpang Tiga Tasek Gelugor
Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my


Tasek Gelugor: Jemaah Masjid Jamek Simpang Tiga, di sini, tidak menyangka individu yang mencuri Wang tabung masjid Isnin lalu adalah seorang wanita.

Jemaah terbabit hanya menyedari pencuri berkenaan seorang wanita selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada malam kejadian.

Rakaman menunjukkan kelibat wanita bertudung dan berseluar jeans dilihat berjalan ke arah tabung di ruang solat depan.

Pengerusi kariah, Che Hussain Abdul Rahim berkata, rakaman menunjukkan wanita terbabit mengambil tabung berkenaan pada 5.55 petang.

Katanya, suspek membawa tabung itu ke ruang solat wanita dan mengambil wang dianggarkan RM500.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 September 2016 @ 1:18 PM