Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@hmetro.com.my


Teluk Intan: Mayat kanak-kanak perempuan yang lemas di Sungai Bidor berdekatan Batu 6, Kampung Gloster, Jalan Changkat Jong, semalam, ditemui 7.20 pagi tadi.

Mayat Sheetel Kulop, 10, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian 11.06 pagi semalam, seorang remaja dan dua kanak-kanak lemas ketika mandi di sungai berkenaan.

Dua mayat mangsa iaitu Sherrel Kulop,11, dan Norzehan Long Asing,13, dibawa naik orang awam pada 11.15 pagi dan 11.35 pagi semalam.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan berkata, operasi yang bermula sejak semalam itu akhirnya menemui mangsa pagi tadi.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) untuk bedah siasat.

"Operasi ditamatkan 9.25 pagi selepas ketiga-tiga mangsa sudah ditemui," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 September 2016 @ 12:34 PM
OPERASI mencari dan menyelamat dijalankan akhirnya berjaya menemui mangsa terakhir. FOTO ihsan Bomba