RONALDO
Reuters

Madrid: Ayam tambatan Real Madrid Cristiano Ronaldo (gambar) berdepan kepulangan penuh emosi ke pangkuan kelab remajanya Sporting Lisbon ketika pasukannya memulakan misi mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

Ronaldo, yang menjaringkan gol kemenangan sewaktu penentuan penalti ke atas Atletico Madrid pada final musim lalu, kembali beraksi selepas direhatkan akibat kecederaan apabila menyumbang jaringan ketika membelasah Osasuna 5-2 Sabtu lalu.

Kapten Portugal itu menjaringkan gol ketika menang 1-0 dan 2-1 ke atas Sporting ketika masih bersama Manchester United namun tidak pernah berdepan mereka ketika menyarung jersi Real.

Ronaldo berpindah dari rumah keluarganya di Madeira ke akademi Sporting pada usia 12 tahun dan hanya menghabiskan semusim dalam skuad utama, menjaringkan lima gol dalam 30 penampilan sebelum menyertai United pada 2003.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 September 2016 @ 7:50 AM