Anggota bomba membantu mengalihkan pokok yang menimpa rumah dan keadaan lori serta kereta yang ditimpa pokok. - Foto ROSLI ILHAM
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my


Dungun: Malang kepada penduduk Felda Jerangau menjelang Aidiladha apabila lebih 100 rumah rosak akibat di landa ribut hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, 110 rumah penduduk rosak manakala dua tadika rosak teruk.

Sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang menjadi tempat menyempurnakan ibadah korban esok, turut rosak selain kereta jenis Proton Wira dan lori tiga tan milik penduduk ditimpa pokok.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al-Muktafi Billah Shah Jaswari Awang berkata, 10 anggota bomba dengan sebuah jentera dihantar ke tempat kejadian dan mereka mengalihkan pokok yang menimpa dua rumah penduduk.

"Sehingga 6 petang, kita masih berusaha melaksanakan kerja mengalih pokok yang tumbang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2016 @ 7:11 PM