ABD Rashid Harun. FOTO arkib NSTP
Norasikin Daineh
norasikin_daineh@hmetro.com.my


Tawau: Polis sedang mengesahkan maklumat berkaitan satu kejadian penculikan yang dikatakan berlaku di perairan Pom-Pom, Semporna, malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun berkata, pihaknya sedang mengesahkan maklumat kejadian penculikan terbaru itu.

"Kita sedang mengesahkan cerita ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut sumber, berdasarkan maklumat yang diterima, satu penculikan berlaku di perairan Pom-Pom, Semporna dan semua aset di laut diminta meningkatkan pemeriksaan terhadap bot yang keluar masuk.

Sumber berkata lagi, dipercayai tiga kru bot memancing antara yang diculik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2016 @ 8:17 AM