London: Pengurus Hull City Mike Phelan (gambar) dipilih sebagai pengurus Liga Perdana untuk bulan Ogos selepas berjaya membawa anak buahnya mencatat permulaan memberangsangkan setakat ini.

Hull memulakan musim ini dengan kemenangan ke atas juara bertahan Leicester City dan Swansea City sebelum tewas 0-1 di tangan Manchester United. Mereka kini menduduki tangga kelima liga.

Phelan, 53, dilantik sebagai pengurus tetap selepas memangku jawatan berkenaan sejak Julai berikutan peletakan jawatan Steve Bruce dan sebelum ini beliau tidak pernah bergelar jurulatih utama mana-mana kelab.

“Kami mengadakan perbincangan mengenai jawatan itu minggu lalu dan masih lagi berbincang. Ia tidak begitu utama. Apa yang penting ialah menyediakan pasukan. Ia akan terus difikirkan,” katanya.

“Setakat ini kami bermula dengan baik.”

Pemain sayap Manchester City Raheem Sterling dinobatkan sebagai pemain terbaik bulanan selepas menghasilkan dua gol dan membantu menghasilkan dua lagi jaringan sepanjang tiga perlawanan. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2016 @ 5:13 AM