PETIKAN status dari akaun Facebook Malaysia Airlines.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kini mengenakan larangan penggunaan telefon pintar Samsung Note 7 dalam pesawat mereka berikutan beberapa insiden letupan gajet terbabit sejak dua minggu lalu.

Meskipun tiada lagi kes membabitkan letupan berlaku di Malaysia, MAS mengambil langkah mengumumkan larangan terbabit dalam laman sosial mereka.

Kenyataan di Facebook dan Twitter terbabit turut melarang Note 7 daripada dicas dalam pesawat dan daftar masuk.

Samsung sudah menggantung jualan model terbaru Galaxy Note 7, berikutan bateri telefon berkenaan meletup.

Note 7 mula diperkenalkan di Malaysia pada 19 Ogos lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 6:51 PM