PASUKAN Fnatic. FOTO Hazril Md Nor
Hazril Md Nor
am@hmetro.com

my

Subang Jaya: Pasukan negara, Fnatic Dota 2 tewas 1-2 di tangan Execration, pasukan pilihan dari Filipina dalam Kejohanan Asia Tenggara Liga Mineski Pro Gaming (MPGL) musim ke-8 yang berlangsung di One City, di sini, sebentar tadi.

Fnatic dianggotai Chai Yee Fung, Chong Xin Khoo dan tiga bekas ahli TNC, Jimmy Ho, Marc Polo Luis Fausto dan Nico Barcelon kini perlu memperjuangkan nasib mereka di lower bracket.

MPGL mengumpulkan 10 pasukan Dota 2 dari serata Asia Tenggara dan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul AS$50,000 (RM205,325).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 3:06 PM