ORANG ramai terpaksa keluar dari tren sebelum dipindahkan akibat servis tergendala. FOTO NSTP/ihsan pembaca
Asmah Rusman
asmah_rusman@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) aliran Kelana Jaya tergendala pagi tadi selepas mengalami masalah teknikal berpunca daripada bekalan elektrik antara Stesen LRT Setiawangsa ke KLCC.

Ketua Jabatan Komunikasi dan Pemasaran Strategik Prasarana Berhad, Lim Jin Aun berkata, masalah itu menyebabkan penumpang terkandas di dalam tren yang baru bergerak dari Setiawangsa.

"Bagaimanapun semua penumpang berkenaan berjaya dipindahkan ke tren pengantara yang disediakan sebelum mereka meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing," katanya.

Katanya, masalah yang berlaku kira-kira jam 7 pagi itu menyebabkan perkhidmatan tren dari Putra Height berpatah balik di Kampung Baru, manakala tren dari Gombak ke Setiawangsa dan Setiawangsa ke Kampung Baru.

Gangguan itu kembali pulih pada jam 10 pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 12:01 PM