FOTO ihsan SYABAS
HM Digital
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Gangguan bekalan air tidak berjadual di kawasan Hulu Langat berikutan paip pecah di Jalan Sungai Jelok, Kajang, adalah kerana kerja-kerja yang dilakukan pihak ketiga.

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), kerja pembaikan masih berjalan dan dijangka dapat disiapkan pada kira-kira 12.00 tengah malam ini.

Beberapa pengguna yang menghubungi talian gangguan bekalan, awal hari ini, memberitahu bahawa kakitangan SYABAS memaklumkan bahaya gangguan itu yang berlaku sejak tengah malam semalam, membabitkan lebih sembilan ribu pengguna.

Selain itu, kata kenyataan itu, SYABAS juga sudah melaksanakan penyelarasan agihan bagi mengurangkan kawasan terjejas kepada 17 kawasan seperti senarai berikut

1) Taman Sentosa

2) Taman Maju 1 Sg Jelok

3) Taman Sri Pengaman

4) Taman Berlian

5) Taman Megah, Sg Jelok

6) Taman Jelok Indah

7) Taman Indah

8) Taman Damai Indah

9) Apt Nilam Indah

10) Kawasan Perniagaan Nilam Ria

11) Hospital Kajang

12) Taman Kajang Perdana

13) SMK Teknik Kajang

14)Tmn Siakap

15)Tmn Restu

16)Tmn Sri Jelok

17)Tmn Kajang Ria

Bekalan air akan terus dibuka dan disalurkan selepas kerja pembaikan siap dan pemulihan akan berlangsung secara berperingkat.

Bagi kawasan yang menerima bekalan melalui kolam serta kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan akan menerima bekalan sedikit lewat selepas semua kerja siap dilaksanakan.

Syabas mohon maaf atas kesulitan ini dan mengerakkan bantuan melalui lori tangki dengan keutamaan diberikan ke kawasan/pengguna kritikal.

Mohon kerjasama Ketua Penduduk/Ketua Kampung/Ketua Taman untuk memaklumkan kepada penduduk.

Bagi mengelak panggilan lambat dilayan/menunggu akibat kesesakan talian, Syabas mencadangkan pengguna muat turun aplikasi mySYABAS di Google Playstore atau App Store untuk info terkini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 9:53 PM