Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Honda Malaysia melancarkan Accord baru ke pasaran tempatan dengan tiga varian membabitkan 2.0 VTi, 2.0 VTi-L dan 2.4 VTi-L.

Model baru itu menerima penambahbaikan pada bahagian hadapan membabitkan lampu nyalaan siang (DRL) LED dan lampu utama rekaan baru.

Bahagian lampu belakang turut menerima ciri LED bersama bampar baru, selain kabin diperbaharui daripada segi perincian kemasan dan sistem hiburan baru.

Selain itu, bampar dan bahagian jeriji hadapan direka baru bagi menyerlahkan imej moden serta maskulin.

Kereta segmen D itu didatangkan enam pilihan warna yang dijual antara RM144,800 sehingga RM172,800.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 7:04 PM
HONDA Accord baru. FOTO Syamil Firdaus