FOTO Mohd Hasbi Sidek
Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


Kajang: Mayat lelaki berusia dalam lingkungan 40-an ditemui di tempat duduk belakang kereta di Jalan Temenggong 21/9, Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras, di sini, hari ini.

Mayat yang belum dikenalpasti identiti itu dikesan orang awam selepas terhidu bau busuk, kira-kira 1 petang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata mangsa dipercayai sudah mati meninggal dunia antara dua ke tiga hari.

"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Tiada pengenalan ditemui pada mangsa namun dipercayai warga tempatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 5:09 PM