SEDUTAN video menunjukkan mangsa dipukul suspek di sekolah di Putatan.
Ruzaini Zulkipli
am@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Polis masih menunggu laporan perubatan murid sekolah yang dipercayai menjadi mangsa buli di sekolah di Putatan, Sabah pada 30 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden berkata, ia bagi

melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.

"Setakat semalam, polis sudah mengambil keterangan bapa mangsa selain akan merekodkan percakapan guru besar serta guru sekolah agama terbabit yang bertugas ketika hari kejadian.

"Lain-lain murid (saksi kejadian) akan diambil keterangan selepas mereka selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), " katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 12:25 PM