PENUMPANG terkandas di Stesen LRT Masjid Jamek selepas gangguan perkhidmatan akibat masalah bekalan elektrik. FOTO Yazit Razali
Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Rapid KL menyediakan pengangkutan alternatif bagi mengatasi gangguan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dari Stesen Masjid Jamek ke Ampang Park akibat masalah bekalan elektrik.

Jurucakap Rapid KL berkata, pengguna LRT juga diminta mencari alternatif pengangkutan lain untuk melancarkan perjalanan mereka.

"Kami juga menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik dari Stesen Sri Rampai ke Masjid Jamek untuk kemudahan pengguna," kata syarikat itu dalam akaun Facebook, hari ini.

"Orang ramai boleh menaiki bas dengan nombor pendaftaran WB 480 G dan WVN 5644 dari Masjid Jamek ke Stesen Datuk Keramat, " katanya.

Katanya, perkhidmatan tren alternatif dari Putra Heights turut disediakan bagi pengguna untuk berpatah balik dari Masjid Jamek.

Menurutnya, setakat ini, bekalan elektrik di antara Stesen Setiawangsa ke Damai sudah pulih.

"Pasukan teknikal masih meneruskan kerja untuk memulihkan bekalan elektrik bagi keseluruhan laluan.

Rapid KL berkata, pihaknya akan terus memberikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Untuk sebarang maklumat terkini

https://twitter.com/AskRapidKL

https://www.facebook.com/myrapid/

Berita berkaitan:

LRT alami masalah teknikal

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 11:01 AM