BALE teraju misi Wales layak ke Piala Dunia sejak 1958.
AFP

Cardiff, Wales: Gareth Bale menghasilkan dua gol dan mencipta satu lagi gerakan untuk membolehkan rakan sepasukannya menggegar gawang lawan ketika Wales membelasah Moldova 4-0 pada perlawanan pembukaan kelayakan Piala Dunia 2018 di Cardiff, awal pagi semalam.

Penyerang Real Madrid itu melorongkan bola yang disudahkan Sam Vokes untuk menghasilkan gol pertama pada minit ke-38 sebelum dia meledak jaringan ke-23 dan 24 antarabangsanya. Joe Allen turut menghasilkan gol antarabangsa pertamanya pada perlawanan itu.

Skuad Wales kendalian Chris Coleman melangkah ke separuh akhir Euro 2016 sebelum tewas di tangan juara Portugal dan sedang berusaha layak ke Piala Dunia pertama sejak 1958.

“Kami perlu mencipta permulaan baik pada perlawanan pertama,” kata Coleman.

“Ia pasti sukar dan kami perlu bersabar serta berdisiplin dan kami berjaya mengekalkan kedua-dua faktor itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 7:32 AM