MAHKAMAH Majistret Putrajaya membebaskan Pengerusi bank bergelar Tan Sri (tengah) daripada tahanan reman. FOTO Bernama
Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


Putrajaya: Pengerusi bank tempatan bergelar Tan Sri dibebaskan dari tahanan reman oleh Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan lelaki berusia 65 tahun itu dibebaskan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengemukakan permohonan melanjutkan reman.

Pengerusi bank berkenaan dibebaskan dengan jaminan tanpa deposit dengan seorang penjamin.

Tan Sri berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bermula Selasa lalu bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana bernilai RM15 juta membabitkan penerbitan buku biografi seorang tokoh pemimpin negara.

Beliau ditahan di Ibu Pejabat (SPRM) pada 1.15 tengah hari Isnin lalu ketika tampil memberi keterangan.

Sebelum ini, seorang pengarah urusan bank sama bergelar Datuk turut dibebaskan dari tahanan reman.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 12:06 PM