HABIB selesa melakukan tugasannya di dalam bilik.
HABIB mula menghasilkan aplikasi game seawal usia 17 tahun.
Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my


Dia pernah mencipta nama ketika berusia 17 tahun selepas aplikasi permainan ciptaannya seperti Crazy Ball, SurfingFast dan WhoCreated mendapat perhatian syarikat telekomunikasi terkemuka dunia, Apple.

Syed Muhammad Syed Abdullah, 20, atau Habib Al-Attas turut menerima jolokan Steve Jobs Malaysia kerana kepintarannya menghasilkan aplikasi yang sebelum ini didominasi pembangun dari negara barat.

Meskipun pencapaiannya agak luar biasa, Habib tidak pernah berpuas hati sebaliknya giat mengorak langkah menerusi perniagaan dalam bidang teknologi maklumat (IT).

Dia yang bangga menjadi anak Malaysia juga mempunyai perancangan meluaskan lagi skop perniagaan dalam bidang pengiklanan tidak lama lagi.

“Saya tidak pernah meninggalkan bidang pembangunan aplikasi permainan dan masih minat menghasilkan ciptaan baru.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 9:52 AM