MAYAT mangsa dijumpai anggota bomba dan penyelamat sebelum diserahkan kepada polis.
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
azimfitri@mediaprima.com.my


Rompin: Remaja lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama rakannya ditemui lemas kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang di Pantai Bernas, Kuala Rompin di sini, 3.30 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Penolong Penguasa Bomba Amirul Naem Harun berkata, mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat selepas dilaporkan hilang semalam.

"Mayat diserahkan kepada polis dan akan dihantar ke Hospital Rompin untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Semalam, R Denis Kumar, 16, dilaporkan hilang pada 3.20 petang ketika mandi di pantai itu bersama empat lagi rakannya.

Mangsa dikatakan hanyut apabila dibawa arus deras sebelum operasi mencari dan menyelamat digerakkan bagi mengesan remaja berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 6:33 PM