Fardy Bungga dan Nurul Hidayah Bahaudin
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Mulianya hati wanita ini apabila bukan saja sanggup membela puluhan kucing terbiar, malah dua daripada kucing itu lumpuh dan memerlukan penjagaan rapi hingga perlu dipakaikan lampin pakai buang.

Seekor daripada kucing itu nazak ketika ditemui dan dinasihatkan doktor supaya ‘dimatikan’ manakala seekor lagi dikutip selepas terbiar seminggu akibat dilanggar kenderaan hingga menyebabkan kedua-dua kaki belakangnya cedera teruk.

Bagi Azizah Ibrahim, 48, tidak pernah terdetik di hatinya untuk menganggap kucing yang dipanggil Merah dan Blanky sebagai beban kerana kasihan dengan nasib menimpa kedua-duanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 5:43 AM
AZIZAH memakaikan lampin pakai buang kepada Blanky yang lumpuh di kediamannya di Taman Usaha Jaya, Kepong.