Reuters

Madrid: Kemungkinan untuk menjuarai kejohanan kelab paling berprestij di Eropah memberi motivasi tambahan buat pemain sayap Wales Gareth Bale (gambar kiri) dalam membantu Real Madrid menjadi kelab pertama mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara.

Bekas pemain sayap Tottenham itu menjuarai Liga Juara-Juara dua kali dalam tempoh tiga tahun sejak memecah rekod perpindahan di Real pada 2013.

Bagaimanapun pemain Manchester United Paul Pogba berjaya mengatasi rekod Bale sebagai pemain termahal dunia.

Jika Bale mahu mencapai gelaran ketiga Liga Juara-Juara pada perlawanan akhir musim ini di Cardiff, ia menjadikan pemain itu satu-satunya pemain Wales yang menjuarai kejohanan itu tiga kali mengatasi Ryan Giggs, Ian Rush dan Joey Jones.

“Saya beraksi dalam Piala Super Eropah 2014 di Cardiff sebelum ini dan ia satu pengalaman menakjubkan untuk berada bersama rakan dan keluarga,” kata Bale.

“Saya rasa pastinya ada motivasi tambahan dan kami akan cuba mencipta sejarah di Cardiff.

“Kami sedar kami mempunyai peluang dan akan mencuba yang terbaik untuk melakukannya.

“Matlamat saya adalah menang sebanyak trofi yang boleh selain Liga Juara-Juara.” - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2016 @ 5:05 AM