Donnarumma (kiri) ganti Buffon selaku penjaga gol termuda Itali. FOTO AGENSI
Agensi/Foxsports

Bari: Gigi Donnarumma muncul penjaga gol termuda dalam sejarah bola sepak Itali tampil menentang Perancis pada perlawanan persahabatan antarabangsa, awal pagi tadi.

Penjaga gol itu beraksi pada usia 17 dan paling muda diturunkan dalam perlawanan antarabangsa selepas era perang Dunia ke-2.

Donnarumma masuk babak kedua menggantikan penjaga gol legenda, Gigi Buffon yang sebelum ini memegang rekod penjaga gol termuda sebelum Donnarumma.

Apa fakta menarik dua penjaga gol itu?

Donnarumma belum dilahirkan pun ketika Buffon membuat penampilan pertama bersama Itali malah Buffon dua tahun lebih tua (19) membuat penampilan antarabangsa berbanding penjaga gawang Milan itu.

Penjaga gol muda tampil di usia 16 tahun 8 bulan, lahir selepas 484 hari Buffon beraksi kali pertama bersama Itali pada 29 Oktober 1997.

Itali bagaimanapun tewas 3-1 pada perlawanan itu.

Gol Perancis dijaringkan penyerang Manchester United Anthony Martial, Olivier Giroud dan gol Itali dijaringkan oleh Graziano Pelle.

Layvin Kurzawa menyumbat gol ketiga Les Bleus ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 September 2016 @ 5:09 PM