Antara bayi merdeka yang dilahirkan di HTF sehingga 3 petang tadi. FOTO Aizat Sharif
Aizat Sharif
mohd.aizat@mediaprima.com.my


Kangar: Sembilan bayi merdeka dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar sehingga 3 petang tadi.

Ketua Jabatan Wad Obstetrik 1 HTF Datuk Dr Zaridah Shaffie berkata, bayi yang dilahirkan itu terdiri daripada tujuh lelaki dan dua perempuan.

Katanya, kelahiran pertama adalah bayi lelaki yang dilahirkan oleh Mazliza Dar, 31, pada 12.57 pagi dan bayi kesembilan dilahirkan oleh Nor Fariza Nor Asri,29, pada 8.04 pagi.

“€œDaripada jumlah bayi yang lahir itu, dua daripadanya terpaksa dikuarantin sebagai langkah pencegahan daripada sebarang penyakit manakala kita jangkakan ada lima lagi bayi akan dilahirkan pada tarikh 31 Ogos ini,” katanya selepas Majlis Program Merdeka Ahli Lembaga Pelawat HTF.

Pada majlis itu, sembilan ibu yang melahirkan bayi merdeka diraikan dengan pemberian sumbangan barangan bayi oleh Ahli Lembaga Pelawat HTF diketuai oleh Timbalan Pengerusi ALP HTF, Ali Ismail.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2016 @ 4:51 PM